CEPAT!! CEPAT!!
- Roslee Awang GKCC
- Jul 4, 2016
- 1 min read

Kehangatan event RMAF GONG KEDAK ~ GKCC DUAL TERRITORY MTB CHALLENGE 2016 terus membara dan mendapat sambutan hangat.
Pendaftaran terus meningkat walaupun riders sibuk beramal ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sehingga berita ini ditulis, jumlah pendaftaran mencecah 780 orang dan cuma tinggal 220 riders lagi untuk memenuhi kuota 1000 riders atau sehingga 31 Julai 2016 mengikut mana yang terdahulu.....
Pihak penganjur menjangkakan jumlah pendaftaran akan menderu-deru masuk selepas musim perayaan nanti. Justeru untuk mengelakkan terlepas peluang untuk menyertai event kami di Pantai Timur ini, segeralah menghubungi/whatsapp AJK pendaftaran kami iaitu En. Roslee Awang GKCC di 013-9837395 atau En. Khairul Nizam di no 011-29410082.
Cepat.. Jangan berlengah lagi....
Trek yang menarik dan Hadiah kemenangan serta cabutan bertuah melebihi RM20,000 untuk dimenangi..
Comments