top of page

PELAN LOKASI

- Pangkalan Udara Gong Kedak adalah satu Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia, terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di dalam Daerah Besut, Terengganu dan bersempadan dengan Daerah Pasir Puteh di dalam Negeri Kelantan. Sering disalah anggap dengan bandar petroleum Kerteh, Pekan Jerteh adalah pekan terdekat dengan Pangkalan Udara Gong Kedak berjarak lebih kurang 6 km.
 
Kedudukan Pangkalan yang agak tersorok adalah amat sesuai sebagai satu Pangkalan strategik yang menempatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM. Pangkalan yang dikenali sebagai HOME OF FLANKERS ini terletak di kaki Bukit Puteri, melalui Jalan Seberang Jerteh iaitu jalan diantara Pekan Jerteh menuju ke Kuala Besut.
 
- Pekan yang terletak di sekeliling Pangkalan Udara Gong Kedak adalah Pekan Kuala Besut berjarak 6km, manakala Pusat Pentadbiran Daerah Besut iaitu Kampung Raja berjarak 8km serta Pekan Pasir Puteh terletak  dalam 14km dari pangkalan.
 
- Jalan perhubungan utama untuk ke lokasi adalah jalan raya. Bagi pemandu dari Utara yang melalui Lebuhraya Timur Barat Grik-Jeli menuju ke Kelantan hendaklah memandu terus ke arah Kelantan. Setibanya di simpang 3 Kelantan-Terenganu di Kg. Tok Khamis, pemandu hendaklah membelok ke kanan ke arah Kuala Terengganu. Apabila tiba di traffic light Petronas Seberang Jerteh di simpang masjid Kayu, pemandu masuk ke simpang kira menuju ke lokasi yang terletak 6km dari simpang.
 
- Bagi pemandu dari Tengah dan Selatan, boleh melalui 2 jalan utama samada melalui jalan Kuala Terengganu - Jabi - Jerteh ataupun boleh memilih jalan pantai yang lebih lancar melalui Kuala Terenganu - Merang - Kampung Raja - Gong Kedak.
 
- Untuk lebih memudahkan perjalanan peserta boleh meneliti Google Maps dengan menaip kata kunci "Pangkalan Udara Gong Kedak".
 
- Di Pekan Jerteh terdapat berbagai kemudahan bank dan ATM, serta deretan kedai serbaguna dan juga hotel, supermarket serta medan selera dan kedai makan yang banyak namun diingatkan bahawa kebayakan kedai dan pejabat kerajaan ditutup pada hari Jumaat.
 
Terdapat dua buah kedai baskal yang besar di Pekan Jerteh iaitu kedai Basikal Mira Murni dan juga kedai Basikal Cycle Lab untuk riders mendapatkan alatganti dan keperluan basikal yang lain. 
 
- Bagi riders yang datang lebih awal bolehlah berjalan-jalan dan membawa keluarga melawat di tempat-tempat mearik di sekitar Daerah Besut dan Pasir Puteh ini. Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati adalah Pantai Bukit Keluang, Pantai Air Tawar, Pulau Perhentian, Air Terjun Lata Tembakah dan Lata Belatan, Kolam Air Panas La, Jeram Linang, dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain.
 
- Kami mengalu-alukan kedatangan riders semua ke event kami, pandulah dengan selamat dan berhati-hati, semoga tiba ke destinasi dengan selamat. InsyaAllah.
 
bottom of page